Thursday, July 21, 2011

Miss curiosity is waiting...


Hello dunia yang sentiasa dipenuhi dengan setiap kekosongan 
jawapan-jawapan yang perlu diisi.
Umpama tin kosong di tepi jalan raya yang menunggu air hujan untuk memenuhkannya

Dunia ini pelik, sentiasa menimbulkan persoalan-persoalan kepada kita
Kadang–kala persoalan-persoalan tersebut berjaya dijawab
Tetapi kebanyakannya hanya dibiarkan begitu sahaja
Sunyi sepi tanpa jawapan
Entah dimana si pemilik jawapan
Membiarkan persoalan si curiosity terkapai-kapai menunggu jawapan
Menunggu suatu jawapan sama halnya
Dengan menunggu sesuatu yang belum pasti
Menunggu sesuatu yang belum pasti
Membuatkan kita tertanya-tanya
Naa!
Perasaan tertanya-tanya, perasaan ingin tahu itulah
Yang menyeksa perasaan, jiwa dan raga

  
Sepanjang hayat saya ini, saya sudah terlalu banyak menunggu
Dan sering tertunggu-tunggu
Perkataan “tunggu” mungkin sudah sebati dalam hidup ini
Dan apabila tiba pada satu tahap
Tunggu dan bosan bersilih ganti
Yaa, bermakna saya telah bosan
Saya akan berhenti di saat itu

Jadi kepada insan-insan di luar sana yang berhasrat untuk buat saya menunggu
Dan tertunggu-tunggu
Kepada sesuatu jawapan yang anda sendiri belum pasti akan kepastiannya
Please…
Fill in the blank as soon as possible
Because waiting is really torturing
*just if you ever feel it, then you will know*


Dan kepada setiap persoalan yang mungkin timbul di ruang hati anda
Lebih baik bertanya
Kerana mungkin andaian-andaian anda itu salah??




3 comments:

Eric@Boy said...

ini kah kunun tu? :P

modly said...

WOW.... hurmm..tp bgus jg ko ni.. pandai bosan menunggu... x mcm yg tidak pandai bosan2... mcm "orng" tu... gurau shak

eLValerie said...

obiz.. yaaa, begini lai ni. ko tau jg 2 kn lps kita berdiskusi tym camping. eheheh.. "org" 2 la kali 2. ba, ko tunggu la selagi ko buli tunggu. myb ada hikmah d sebaliknya. cewah :)

 
caTTerritory Blogger Template by Ipietoon Blogger Template