Thursday, November 17, 2011

CUTI AKHIR SEMESTER. BYEBYE TAHUN KEDUA.

hyelow Blogger! hari ni mo post dlm Bahasa Kebangsaan (mungkin ada sedikit western:p) hehehe.. baiklah dengan kuasa yang saya ada sebagai salah seorang penuntut tegar IPG, mengisytiharkan bahawa CUTI AKHIR SEMESTER telah bermula saat detik 11.00 pagi tadi setelah selesai menjawab soalan peperiksaan yang terakhir sehingga ke titisan dakwat pen yang terakhir. Maka dengan itu, tamatlah sudah proses pembelajaran ijazah saya pada tahun kedua semester kedua. Tahun ketiga akan bermula pada tahun hadapan dengan cabaran-cabaran yang lebih menggerunkan dengan bermulanya proses untuk menjadi seorang guru yang sebenar. Apa yang cuba disampaikan disini ialah pada tahun hadapan saya akan memulakan praktikum fasa pertama selama 1 bulan di sekolah. owhyeah! sangat tidak sabar yaa disitu. XD!


yehaaaa! yaa teman-teman, perasaan sungguh gembira yaa pada hari ini kerana pada hari esok akan menaiki pesawat penerbangan AK6123 ke Kota Kinabalu pada jam 1.20 petang. Hello Hello sama KK! Sesampai sahaja di KK akan meneruskan misi utama iaitu ke Restoran McD dan bercadang untuk makan dua ketul burger setelah beberapa "kurun" tidak menjamah hidangan lazat tersebut. Moleklah kiranya agar matlamat tersebut dapat dicapai dengan jayanya. Mohon doa dari rakan-rakan blogger sekalian :PPP ehehehe..


Cuti pada kali ini diharapkan lebih bermakna dan menggembirkan hati jiwa dan raga dengan perancangan-perancanagn rapi tak rapi yang sudah dirancang semenjak dari awal semester ini..

Berikut merupakan "list to do" sepanjang cuti panjanggggg ini :D
1. Movie Marathon (dari Korea2 kepada English dan mungkin Melayu)
2. TV shows Marathon (Family Outing, Running Man & The Walking Dead)
3. Manicure & Pedicure 
4. "Baking cakes" dan membuat puding telur (resepi khas dr Nabil)
5. Karaoke sampai hilang suara (biar sumbang yang penting puas! XP)
6. "Curl" rambut (dan mungkin diluruskan semula. haha)
7. <3 Dating sama BFF (pantai, midnight movie, makan2, BBQ)
8. Makan sepuas hati, sekenyang perut :p (salah satu amalan yang paling penting)
9. Mencat bilik tidur (warna cat masih difikirkan. harap2 termakbul. sudah bosan dgn biru)
10. Krismas Deco bersama Cik LV (berseorangan tahun ini tanpa ditemani oleh si kakak :( 
11. Menonton TV sampai subuh (KBS program adalah wajib!)
12. Memandikan kucing-kucing di rumah 
13. Tidur, Bangun, Makan = Kehidupan bercuti!!



^_____^
seLamat berCuti kepaDa kawan-kawan IPG :)
Tahun depan kita jumpa Lagi.
Saya akan rindu KAMU gila-gila :P
 xoxo



7 comments:

Eric@Boy said...

silakan menggemukan diri Xd

eLValerie said...

ouwh, sudah tentu dan semestinya. jus wait n c XD

DinslacCk said...

yeah cuti! kirim salam kucing ko kio elvy.. kami tiada kucing lagi.. :(

Anonymous said...

oit tukar cat bilik sa juga! bosan suda ijau, haha!~XD

Clare Cheal Ared JC. said...

haha, nice elvy,
taun dapan, gonna be real teacher sdh, anyway happy holiday.
Enjoy Christmas, :D

Penyelusur Kota said...

hai..follow u..=)

http://syahrinrahimi.blogspot.com/

Buntak Dayung said...

cuti cuti malaysia

 
caTTerritory Blogger Template by Ipietoon Blogger Template