Tuesday, January 1, 2013

BE AWARE OF 2013

Salam damai.. Pernahkah kamu mengalami situasi begini?



Ketika seseorang insan yang hanya akan mencari kita apabila mereka memerlukan kita sahaja. Saya yakin anda pernah mengalaminya. Insan-insan ini akan mencari kita apabila mereka berada dalam kesusahan, berada dalam keseorangan, berada dalam kesulitan, berada dalam kegawatan ekonomi dan sebagainya. Dan ketika itulah insan-insan ini akan berusaha mendapatkan pertolongan dari kita. Bukan maksudnya disini kita tamak atau tidak mahu menolong tetapi jikalau sudah "KACANG LUPAKAN KULIT" adakah kita perlu meneruskan pertolongan tersebut? Bertambah sedih lagi apabila insan-insan ini sudah mengecapi kesenangan lalu terus diam tanpa sepatah ucapan TERIMA KASIH dan hilang tanpa khabar berita. Dimanakah nilainya sebuah PENGHARGAAN? Bukan bermaksud kita ini gilakan pembalasan terhadap pertolongan yang diberi tetapi setidak-tidaknya mereka menghargai nilai usaha yang telah kita lakukan untuk menolong mereka ketika insan-insan ini benar-benar memerlukan kita. Sehinggalah pada suatu hari kesusahan menimpa mereka semula, dan disitulah mereka akan mencari kita semula untuk meminta ehsan pertolongan buat kali kedua, ketiga, keempat, dan lagi?? Saya begitu hairan mengapa sungguh mudah kita dilupakan apabila insan-insan ini sudah mendapat apa yang mereka perlukan tetapi mencari kita semula apabila diperlukan. Dunia oh dunia? Adakah kita ini Teko Ajaib ataupun Poket Doraemon yang penuh dengan rekaan semata-mata?? 

Mungkin tidak perlu lagi terlalu baik hati melayani insan-insan sebegini. Kurangkan penindasanmu wahai kawan. Jangan suka MEMPERGUNAKAN orang lain untuk manfaat diri sendiri. Jangan lupa, ramai yang tahu.

Pesanan penaja ini adalah peringatan kepada diri sendiri yang sememangnya lemah tertindas dan kepada insan-insan yang tidak sedar-sedarkan diri. Semoga insan-insan ini sedar dengan perbuatan penindasan mereka. Marilah kita memperbaiki diri kita sendiri di tahun yang baru ini.

BIAR PEDAS
HINGGA LEMAS
JANGAN TERTINDAS
DIRI SENDIRI TEWAS.



Sekian, Selamat Tahun Baru 2013!  





0 comments:

 
caTTerritory Blogger Template by Ipietoon Blogger Template